Arkib : January 2009

Semester 1 Sesi 2009 Bermula

Sesi 2009 dimulai dengan perhimpunan bulanan yang pertama bertempat di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Semua pelajar berdaftar dan pensyarah hadir seawal 7.30 pagi dan majlis dimulai tepat jam 8.00 pagi. YDP JPP dan Tuan Pengarah  telah menyampaikan ucapan dengan input yang berkisar pada isu semasa dan antarabangsa serta ingatan berterusan tentang peranan dan tanggungjawab warga IPIS dalam mencapai kecemerlangan di dalam semua bidang di institut ini.Tuan Pengarah telah mengumumkan nama baru... [Baca]

Posted on 05 January 2009 by administrator

Pengumuman Penting Untuk Bekas Pelajar IPIS, KPLI Ambilan Januari 2008

Kepada semua bekas pelajar Institut Perguruan Islam Selangor kursus KPLI Ambilan Januari 2008 yang telah ditempatkan di sekolah rendah seluruh negara, anda adalah dikehendaki untuk menghantar maklumat seperti dibawah pada kadar yang segera:
(i) Nama
(ii) Kumpulan Kelas Kuliah 2008
(iii) Nama Sekolah anda ditempatkan
(iv) Alamat sekolah dan poskod
(v) No Telefon Sekolah
(vi) Alamat Tempat Tinggal
(vii) No HP
Sila emailkan maklumat tersebut kepad... [Baca]

Posted on 05 January 2009 by administrator

Selamat Datang Guru KSPK

Seramai lebih kurang 20 orang guru pendidikan Islam telah berjaya dalam permohonan untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan selama setahun di bawah program Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) dan mula mendaftar diri pada hari ini. Mereka akan mendalami selok belok pengajaran dan inovasi dari para pensyarah yang pakar dalam bidang berkenaan. Semoga kehadiran para guru terlatih berkenaan akan membantu menghidupkan suasana dan budaya ilmu dan kerohaniaan IPGMKPIS ini.
Selamat belajar. ... [Baca]

Posted on 05 January 2009 by administrator

Selamat Datang Mahasiswa Perguruan Negara Brunei Darussalam

Seluruh warga IPGMKPI Selangor mengalu-alukan kunjungan tetamu, para mahasiswa dan pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Islam  Negara Brunei Darussalam. Seramai 39 orang mahasiswa perguruan dengan diiringgi pensyarah pengiring memulakan lawatan pertamanya ke  institut ini dalam rangka lawatan ke Malaysia. Diharapkan lawatan rombongan dari Brunei ini akan mengeratkan persahabatan dan  silaturahin antara kedua negara khususnya anatara IPGMKPI Selangor dengan KUPINBD disamping m... [Baca]

Posted on 06 January 2009 by administrator

Kursus MS Excel 2007 Untuk Pensyarah IPGM KPI Selangor

Satu kursus MS Excel 2007 kohot 1 2008 telah diadakan untuk  pensyarah institut  dibawah program LPS sebagai memenuhi kehendak kopetensi pensyarah IPGM. Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut dengan penuh semangat yang berkobar-kobar bagi menguasai kemahiran ini untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Kursus diurusetiakan oleh Pn mazilah Abdullah bertempat di Makmal 4 IPGM KPIS. Kursus disampaikan oleh pensyarah Jabatan Teknologi Maklum... [Baca]

Posted on 07 January 2009 by administrator

Selamat belajar di tempat baharu

Seramai 60 orang pelajar lepasan kursus PPISMP telah ditempatkan semula di tiga IPGM sekitar Lembah Klang seperti berikut:

1 kelas KS ke IPBA
1 kelas KS ke IPRM
1 Kelas PJ ke IPIK.

Bagi pihak seluruh warga IPGM KAMPIS mengucapkan selamat meneruskan perjuangan di tempat baharu. Diharapkan kehadiran anda ditempat baru akan membawa hikmah dengan meneruskan amalan dan budaya baik yang ditimba selama berada di IPGM KAMPIS (IPIS).
Untuk urusan pengangkutan sila... [Baca]

Posted on 10 January 2009 by administrator

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-R dan J-QAF

Pelajar baharu KPLI-R dan J-QAF dengan diiringi oleh waris mereka telah mendaftarkan diri di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Mereka didaftarkan oleh para naqib dan naqibah dengan dibantu oleh AJK bertugas terdiri dari para pelajar senior. Mereka juga membuat pembayaran yang telah ditetapkan, mendaftar asrama untuk penginapan, pendaftaran online di Makmal ICT dan juga membeli pakaian sukan dan baju batik resmi institut.
Sepanjang pendaftaran itu para waris telah di rehatkan di bawah khemah ... [Baca]

Posted on 12 January 2009 by administrator

Kursus LPS MS Excel Siri 2

Seramai 25 orang pensyarah dari pelbagai jabatan dan unit telah mengikuti kursus MS Excel 2007 di Makmal 4 IPGM KAMPIS dari jam 8.00 hingga 5.00 petang. Semua peserta telah dapat menamatkan kursus dengan jaya dengan pencapaian yang cemerlang. Tuan Pengarah telah merasmikan majlis penutup kursus dan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus. Harapan beliau agar kemahiran yang ditimba akan diamal dan digunakan sepenuhnya dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di in... [Baca]

Posted on 14 January 2009 by administrator

Petition to Call for Investigations on Gaza - New Weapons Research Committee

(We  endorses this petition unreservedly.)

To the Secretary General of UN Assembly, Marcos Manuel D'Escoto,

to the Human Right Council,

to the World Health Organization,

to the UN representative for Palestine Prof. A.Richard Falk

We, the undersigned organizations and professionals in Medicine, Science and Law ask you to respond to with prompt and strong determinations to the issues raised by the report of illegal, inhumane and... [Baca]

Posted on 15 January 2009 by administrator

JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN IPIS

Jurnal Penyelidikan Pendidikan diterbitkan satu keluaran setahun. Tujuan utama Jurnal ini adalah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah IPIS.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme mengalu-alukan sumbangan artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2008.
Sumbangan artikel hendaklah berasaskan penyelidikan asli dalam bidang pendidikan. Bahasa uta... [Baca]

Posted on 15 January 2009 by administrator

Pengambaran Untuk Majalah Institut

Semua pensyarah, staf dan ahli jawatankuasa institut telah menjalani penggambaran rasmi untuk majalah An-Nur keluaran ke 19. Pengambaran untuk semua pensyarah telah dibuat di Dewan Besar Nik Mohyideen Musa sekitar jam 8.10 pagi, diikuti pengambaran staf. Penggambaran untuk jabatan dan ahli jawatankuasa rasmi telah dilakukan di foyer institut. Penggamabaran di lakukan oleh pegawai elektronik dibantu oleh pegawai grafik institut. ... [Baca]

Posted on 19 January 2009 by administrator