Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (Zon Tengah 2009)

Dipos oleh administrator pada 28 May 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Tengah 2009 akan diadakan di Dewan Sri Siantan , Perbadanan Putrajaya pada 28-29 Mei. Majlis Penganugerahan Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan Malaysia dan Sijil Perguruan Khas akan diadakan dalam 3 sidang bermula pada pukul 8 pagi ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan yang akan menerima diploma dan sijil pada konvokesyen kali ini.Selamat bertugas dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga saudara-saudari terus berusaha untuk menjadi guru sejati yang menjunjung aspirasi negara dan mengangkat martabat profesion keguruan.