JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN IPIS

Dipos oleh administrator pada 15 January 2009

Jurnal Penyelidikan Pendidikan diterbitkan satu keluaran setahun. Tujuan utama Jurnal ini adalah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah IPIS.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme mengalu-alukan sumbangan artikel untuk diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2008.
Sumbangan artikel hendaklah berasaskan penyelidikan asli dalam bidang pendidikan. Bahasa utama penerbitan adalah Bahasa Melayu,namun sumbangan dalam Bahasa Inggeris juga diterima.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan R&D : Dr Bushro binti Ali atau Puan Haliza Husin.
Tarikh akhir penerimaan artikel penuh adalah 15 Februari 2009.