Kursus LPS MS Excel Siri 2

Dipos oleh administrator pada 14 January 2009

Seramai 25 orang pensyarah dari pelbagai jabatan dan unit telah mengikuti kursus MS Excel 2007 di Makmal 4 IPGM KAMPIS dari jam 8.00 hingga 5.00 petang. Semua peserta telah dapat menamatkan kursus dengan jaya dengan pencapaian yang cemerlang. Tuan Pengarah telah merasmikan majlis penutup kursus dan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus. Harapan beliau agar kemahiran yang ditimba akan diamal dan digunakan sepenuhnya dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di institut.
Tahniah....kepada semua peserta... urusetia dan fasilitator yang berdedikasi.