Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-R dan J-QAF

Dipos oleh administrator pada 12 January 2009

Pelajar baharu KPLI-R dan J-QAF dengan diiringi oleh waris mereka telah mendaftarkan diri di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Mereka didaftarkan oleh para naqib dan naqibah dengan dibantu oleh AJK bertugas terdiri dari para pelajar senior. Mereka juga membuat pembayaran yang telah ditetapkan, mendaftar asrama untuk penginapan, pendaftaran online di Makmal ICT dan juga membeli pakaian sukan dan baju batik resmi institut.
Sepanjang pendaftaran itu para waris telah di rehatkan di bawah khemah yang disediakan sambil menonton persembahan multimedia. Para waris juga dijamu dengan minuman dan juadah berupa kuih muih dan beehon goreng. Jamuan tengah hari juga diberikan kepada semua pelajar baharu, para waris, pensyarah dan ajk bertugas. Tamat pendaftaran semua pelajar baharu menjalani acara MPP sehingga jumaat ini.
Selamat menjalani minggu pengurusa pelajar baharu.