Selamat Datang Mahasiswa Perguruan Negara Brunei Darussalam

Dipos oleh administrator pada 06 January 2009

Seluruh warga IPGMKPI Selangor mengalu-alukan kunjungan tetamu, para mahasiswa dan pensyarah dari Kolej Universiti Perguruan Islam  Negara Brunei Darussalam. Seramai 39 orang mahasiswa perguruan dengan diiringgi pensyarah pengiring memulakan lawatan pertamanya ke  institut ini dalam rangka lawatan ke Malaysia. Diharapkan lawatan rombongan dari Brunei ini akan mengeratkan persahabatan dan  silaturahin antara kedua negara khususnya anatara IPGMKPI Selangor dengan KUPINBD disamping membolehkan pertukaran pengalaman dan  buah fikiran bagi memantapkan lagi latihan perguruan yang dilaksanakan di kedua-dua institusi ini.