Semester 1 Sesi 2009 Bermula

Dipos oleh administrator pada 05 January 2009

Sesi 2009 dimulai dengan perhimpunan bulanan yang pertama bertempat di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. Semua pelajar berdaftar dan pensyarah hadir seawal 7.30 pagi dan majlis dimulai tepat jam 8.00 pagi. YDP JPP dan Tuan Pengarah  telah menyampaikan ucapan dengan input yang berkisar pada isu semasa dan antarabangsa serta ingatan berterusan tentang peranan dan tanggungjawab warga IPIS dalam mencapai kecemerlangan di dalam semua bidang di institut ini.Tuan Pengarah telah mengumumkan nama baru institut  yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor (IPGMKPIS).
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Meshi. Semoga tahun 1430 hijrah dan 2009 meshi akan membawa makna yang cemerlang buat warga IPGMKPIS.