Kemasukan Pelajar Baharu

Dipos oleh administrator pada 26 December 2008

Semua pelajar PPISP yang telah lulus dengan memuaskan dalam peperiksaan akhir kursus adalah ditawarkan untuk menyambung pelajaran masing-masing keperingkat Ijazah menerusi Program PISMP di institut ini. Pendaftaran asrama adalah pada 11 Januari 2009 dan kuliah bermula pada 12 Januari 2009..

Pelajar baharu yang berjaya dipilih untuk mengikuti kursus KPLI-SR dan KPLI-LPBS-JQAF dikehendaki mendaftarkan diri di institut ini pada 12 Januari 2009. Sila persiapkan diri masing-masing dengan maklumat dan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran dengan merujuk di pautan Penbambilan dalam laman web ini.

Tahniah dan syabas diucapkan.