Kursus Perguruan Mod KDC

Dipos oleh administrator pada 15 November 2008

Sesi interaksi Nov/Dis 2008 akan bermula pada 17 November hingga penghujung Disember 2008. Pendaftaran di asrama penginapan akan berlangsung pada 16 November dan diikuti dengan perhimpunan pagi pada 17 November dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi bertempat di Dataran Gerko Bangunan Pentadbiran. Kuliah pertama akan bermula dari pukul 8.30 dikelas yang telah ditetapkan bagi setiap kumpulan kuliah.

Lima kumpulan kuliah baru KDC akan mendaftar diri pada 17 November diikuti dengan Minggu Pengurusan Pelajar (MPP) yang akan berlangsung selama 3 hari. Empat kumpulan kuliah PGSR akan mendaftar pada masa yang sama dan akan melalui MPP selama dua hari. Bagi pihak semua warga IPIS diucapkan "selamat datang dan selamat belajar". Semuga kehadiran anda sekelian akan mengharumkan lagi nama institut yang kita sayangi.

Bagi pelajar dari kumpulan kuliah yang terlibat dengan peperiksaan, adalah diharapkan anda akan membuat ulang-kaji sebelum sesi interaksi kali ini, semuga anda akan beroleh pencapaian yang cemerlang.

Sila klik di sini untuk menyemak jadual interaksi dan kedudukan bilik kuliah anda.