Dipos oleh administrator pada 01 November 2008
Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga BPG dan IPG.
Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem Pergerakan Staf (SPS) kini
boleh diakses dan digunakan oleh semua pegawai dan staf di Bahagian
Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru. Pengguna yang telah
berdaftar dan mempunyai username dan password sahaja yang dibenarkan
menggunakan aplikasi ini. Pengguna boleh mendapatkan username dan
katalaluan menerusi pegawai perjawatan di IPG atau menerusi KUKP IPG
masing-masing.
Aplikasi ini membolehkan pergerakan seseorang staf di rekodkan
disamping membolehkan pihak pengurusan di BPG dan IPG membuat
pemantauan terhadap pergerakan staf dan kakitangan dibawah
organisasinya.
Aplikasi SPS akan digunakan di BPG/ IPG bermula pada bulan Oktober 2008, selaras dengan keputusan mesyuarat M3P BPG/ IPG.
Sehubungan dengan itu Unit Teknologi Pengurusan dan Maklumat, BPG.
Mencadangkan kepada pihak pengurusan di BPG/ IPG menekankan dan
mewajibkan penggunaan aplikasi ini kepada semua staf. Bagi menggalakkan
lagi penggunaan aplikasi ini, adalah diharapkan semua staf mengisi
sendiri secara online pergerakan masing-masing sebelum menjalankan
tugasan luar. Pihak BPG/ IPG juga boleh meminta semua staf menyertakan
salinan pergerakan yang dicetak menerusi aplikasi ini semasa membuat
tuntutan perjalanan pada setiap bulan sebagai salah satu dokumen
sokongan ketika membuat tuntutan.
Aplikasi SPS boleh diakses menerusi link yang terdapat dalam laman Portal BPG di URL BERIKUT: