Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Sepanjang bulan puasa di IPIS aktiviti keagamaan seperti tadarusberkumpulan, penyediaan bubur lambuk solat terawih dan jamuan moreh telah diadakan. Kemuncaknya ialah majlis katam Quran dam majlis berbuka puasa pada 25 September 2008 yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
Sembahyang sunat Hari raya Aidil Fitri akan diadakan di Masjid As-Syafie pada pagi 1 Syawal. Bagi seluruh warga IPIS pastilah hari raya kali ini akan disambut paling meriah kerana cuti seminggu penuh bagi membolehkan meraikan hari raya ini disamping keluarga masing-masing.
Dipos oleh administrator pada 27 September 2008
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga IPIS dan umat islam seluruh dunia. Setelah sebulan berpuasa Ramadan kini sampailah masanya untuk merayakan kesyukuran dengan menikmati juadah yang lazat dan enak disamping bermaaf-maafan dengan kaum keluarga, sanak saudara , sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat.Sepanjang bulan puasa di IPIS aktiviti keagamaan seperti tadarusberkumpulan, penyediaan bubur lambuk solat terawih dan jamuan moreh telah diadakan. Kemuncaknya ialah majlis katam Quran dam majlis berbuka puasa pada 25 September 2008 yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.