Dipos oleh administrator pada 09 August 2008
Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Peringkat IPIS
Tarikh 18 Ogos 2008
Masa: 8.00 – 9.00 pagi
Tempat: Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa,
Institut Perguruan Islam
Semua pensyarah dan pelajar KDC dikehendaki hadir dimajlis tersebut
Pakaian :
Semua pelajar KDC lelaki dan wanita kecuali kumpulan KDC PLPS JAJ Peringkat V ambilan Mei / Jun 2005 dikehendaki memakai Blazer berwarna gelap dan membawa bendera kecil untuk majlis pelancaran tersebut.
Interaksi kuliah KDC akan bermula
jam 9.00 pagi. Dengan itu semua pensyarah dan pelajar KDC dimaklumkan
tentang perubahan sesi interaksi pada tarikh berkenaan. Interaksi pagi
adalah diubahsuai seperti berikut
9.00 -10.00 am(kuliah Pertama), 10.00 - 11.00am(Kuliah Kedua),
11.00-11.30 am(Rehat) 11.30-12.30(Kuliah Ketiga), 12.30-1.30th( Kuliah
Keempat), 1.30-2.30pm (Rehat& Solat) 2.30-3.30(Kuliah Keempat),
3.30-4.30pm (Kuliah Kelima),
Semua ketua kuliah dikehendaki menghubungi semua pelajar kelas masing-masing untuk membawa sehelai bendera kecil jalur gemilang dan pakaian yang telah ditetapkan.
Aturcara Majlis:
7.30 - 8.00 Perhimpunan pagi semua pelajar KDC interaksi 18-23 Ogos
8.00 - 9.00 pagi Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan Ke 51 Peringkat IPIs
9.00 pagi sesi kuliah bermula di kelas masing-masing.