Lawatan Rombongan Pegawai Pendidikan Thailand
Dipos oleh administrator pada 21 July 2008
Satu lawatan rombongan pegawai-pegawai pendidikan Thailand ke IPIS akan berlangsung pada 23 Julai 2008 jam 2.30 petang. Tujuan lawatan ini adalah sebagai sebahagian dari proses pemantauan Program Latihan Guru Pendidikan Islam di lima IPG yang terpilih. IPIS sebagai salah satu IPG yang terpilih akan menawarkan pensyarah dan fasilitator yang terlatih untuk tujuan melaksanakan kursus tersebut. Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus yang telah ditawarkan pada tahun lepas. Kursus ini adalah hasil dari MOU antara dua kerajaan.