Pendaftaran Kursus Guru Bestari Kohot 3 Julai 2008

Dipos oleh administrator pada 21 July 2008

Kumpulan Guru Bestari Kohot 3 mendaftar untuk menjalani kursus selama 4 minggu. Sebilangan 25 orang peserta dari kalangan guru sekolah Negeri selangor akan menjalani kursus dan latihan guru bestari di IPIS dan akan melalui pengalaman sekolah selama 4 minggu selepas tamat kursus secara formal. Pemantauan akan dilakukan oleh para pensyarah pembimbing yang dilantik.
Interaksi akan berjalan dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Fasilitator yang mahir telah dikenalpasti  untuk  memberi pendedahan dan bimbingan dalam tiga bidang utama iaitu konsep dan elemen bestari, pengintegrasian tnk dan pembinaan pakej pembelajaran bestari untuk diuji semasa program pengalaman sekolah.
Selamat berkursus.