Pengaktifan Akaun OLL di ipgkpi.mdl2.com

Dipos oleh administrator pada 06 July 2013

Memandangkan peristiwa kegendalaan yang kerap berlaku bagi Portal Pembelajaran IPG (http://ipgm.info.tm/kpi/oll) terutamanya pada waktu puncak iaitu pada setiap hujung minggu, maka satu inisiatif telah diambil untuk mewujudkan satu portal cermin di http://ipgkpi.mdl2.com. Semua siswa guru dan pensyarah IPG KPI telah didaftarkan ke dalam sistem pengurusan pembelajaran yang baru ini dan dikehendaki mengaktifkan  akaun masing-masing menggunakan maklumat yang sama semasa mengaktifkan akaun di portal IPGM yang terdahulu.

Bagi siswa guru, anda boleh mengaktifkan akaun anda menggunakan no kp masing-masing sebagai username dan password. Setelah berjaya, anda perlu menukar password anda kepada 8 karakter yang terdiri dari sekurang-kurang mengandungi satu atau lebih, huruf besar, huruf kecil, angka dan satu karakter misalnya @. 

Bagi para pensyarah sila login menggunakan username dan password yang dibekalkan pada masa lalu.

Sebarang masalah sila hubunggi En Arbain (0192282398) En Manas (0137218600) dan En Abd Rahman (0192127585)

Semua kursus sedang dikemaskini untuk digunakan secara optimum.

Harap maklum untuk tindakan tepat dan segera.