Kursus KISSM untuk pelajar KPLI j-QAF dan KPLI-SABK
Dipos oleh administrator pada 25 May 2008
Kursus KISSM untuk kumpulan KPLI-LPBS-jQAF Ambila Januari 2007 dan KPLI SABK Ambilan November 2006 akan diadakan seminggu selepas menduduki peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada 3-5 Jun 2008. Pendaftaran kursus akan dilangsungkan pada jam 8.00 pagi 12 Jun 2008 dan tamat pada 26 Jun 2008. Peserta kursus akan dibahagikan ke dalam tiga kumpulan kuliah dan akan melalui 3 sesi kuliah setiap hari. Seperti biasa disamping kuliah mereka juga perlu menyiapkan kerja kursus individu dan kumpulan. Sebarang pertanyaan sila hubungi penyelaras kursus Datin Zaitun Othman atau penolong penyelaras En Karim Ejang ataupun mana-mana AJK KISSM. Selamat berkursus.