Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

Dipos oleh administrator pada 25 May 2008

Kursus KISSM untuk kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Julai 2007 akan bermula dengan pendaftaran mulai jam 8.00 pagi 26 Mei 2008 dan akan berakhir pada 11 Jun 2008. Seperti biasa kuliah akan berlangsung dalam 3 sesi 8.00- 10.00pagi 10.30-12.30 tengah hari dan 2.00-4.00 petang. Para peserta perlu menyiapkan 1 kerja kursus individu dan 1 kerja kursus kumpulan dan mesti lulus Ujian Akhir Kursus yang akan dijalankan pada 11 Jun 2008. Selamat berkursus.