Peringatan Tarikh Akhir Penghantaran Jadual Tarikh Cadangan Aktiviti Dan Arahan Menjalankan Kursus BIG Bagi PPG Ambilan 2011 dan 2012

Dipos oleh administrator pada 02 August 2012

Dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2011 dan 2012 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti.

Laporan tugasan hendaklah dihantar kepada Pensyarah/Jurulatih pada atau sebelum 1 Oktober 2012.

Tarikh akhir bagi pelajar-pelajar yang masih belum menghantar Jadual Tarikh Cadangan Aktiviti kepada Pensyarah/Jurulatih perlu dilengkapkan dan dihantar melalui emel pada atau sebelum 10 Ogos 2012.

Kegagalan mematuhi arahan di atas boleh menyebabkan pihak IPG Kampus Pendidikan Islam mengambil tindakan membatalkan kelayakanmenduduki peperiksaan.

 

Sila muat turun surat yang berkenaan di sini.