ARAHAN MENJALANKAN KURSUS BINA INSAN GURU (BIG), PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2011 & 2012

Dipos oleh administrator pada 25 July 2012

Dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2011 dan 2012 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti. Pihak sekolah diminta memberi kebenaran dan kerjasama kepada guru berkenaan menjalankan program BIG di sekolah masing-masing.

2.    Sehubungan  itu,  sdr./sdri.  sebagai  pelatih  Program  PPP Ambilan 2011 dan 2012 dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) dan laporan tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah/jurulatih pada atau sebelum 1 Oktober 2012.
    
3.    Bersama-sama ini disertakan;

3.1    Surat Arahan Menjalankan Kursus*
3.2    Jadual Tarikh Cadangan Aktiviti yang perlu dilengkapkan dan dihantar melalui email kepada Pensyarah/Jurulatih pada   atau sebelum 30 Julai 2012.
3.3    Senarai 1 kumpulan & Pensyarah/Jurulatih, Senarai 2, Senarai 3
3.4    Email jurulatih Pensyarah/Jurulatih.
3.5    Perincian Tugasan Bina Insan Guru (BIG) 2012.    

4.    Suka diingatkan bahawa kegagalan melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG)  akan menjejaskan perjalanan kursus yang sedang diikuti dan seterusnya mengakibatkan gagal untuk dianugerahkan ijazah.

 

* Pembetulan Surat Arahan Menjalankan Kursus

Sila maklum bahawa pada perenggan 3 surat berkenaan, arahan yang betul ialah "..... dan laporan tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah/jurulatih  pada atau sebelum 1 Oktober 2012 " dan bukannya kepada Naqib/Naqibah.

Harap maklum. Terima kasih.