Kursus Dalam Cuti

Dipos oleh administrator pada 25 May 2008

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar kursus KDC untuk interaksi selama 2 minggu. Sebahagiannya akan mendudukki peperiksaan untuk naik tahap pengajian sementara yang lain akan menduduki peperiksaan akhir dan akan menjalani kursus induksi seminggu kemudian. Diharapkan semua pelajar telah mengulangkaji pelajaran masing-masing dan memperolehi kejayaan cemerlang kelak. Kepada pensyarah yang terpilih untuk mengawas peperiksaan diucapkan selamat bertugas.
Memandangkan bilangan yang berintraksi kali ini begitu ramai adalah diharapkan para pelajar KDC dapat menerima situasi kekurangan bilik penginapan asrama yang terhad. Para senior diharap dapat memberi peluang kepada pelajar baru yang akan mendaftar pada pagi Isnin di DK Al-Marbawi. Kumpulan baru yang mendaftar adalah terdiri dari pelajar tajaan Kemas dan Tadika Perpaduan Negeri Pahang. Selamat datang dan selamat belajar di ucapkan.
Kursus dalam cuti akan di mulai dengan perhimpunan pagi 7.30-8.30 pagi 26 Mei 2008 dan tamat pada 6 Jun 2008. Interaksi akan bermula dari pykul 7.30 pagi dan tamat pada 11 malam. Diharap para pelajar dapat melalui kursus dengan tabah.Selamat Belajar.