Selamat Bercuti

Dipos oleh administrator pada 24 May 2008

Cuti penghujung Semester pertama selama 3 minggu bermula hari ini. Sesi Semester 2 akan bermula 16 Jun 2008. Selamat bercuti kepada semua pelajar IPIS. Kepada para pensyarah yang terlibat dalam sesi interaksi KDC, selamat menjalankan tugas dengan dedikasi. Kepada pensyarah yang terlibat mengawas ujian MTEST hari ini perkhidmatan anda akan sentiasa diingati dan disanjung. Kepada warga IPIS dan keluarga yang berangkat menunaikan umrah kami doakan saudara/saudari sekelian akan mendapat keberkatan dari Allah adanya. Kepada warga yang berkesempatan bercuti dan melancong sama ada di dalam mahupun di luar negeri selamat melancong.