Laman Web Rasmi IPIS selamat dilancarkan.

Dipos oleh administrator pada 24 May 2008

Laman Web Rasmi IPIS telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Pengarah IPIS Haji Amin Abd Rasid bertempat di Makmal Maltimedia IPIS dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan pensyarah IPIS. Dalam ucapan perasmian yang bersempena dengan minggu ICT 2008 itu Tuan Pengarah berharap setiap orang dari warga IPIS meningkatkan kualiti perkhidmatan yang di berikan kepada pelangan. Belau mahu supaya furu keluaran IPIS akan mengingati institut dan pensyarahnya sebagai penyumbang kepada ilmu dan kemahiran yang mereka dimiliki terutamanya dalam kemahiran ICT.
Pengarah juga berharap Laman Web IPIS ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi medium untuk pembelajaran berterusan melalui pembelajaran elektronik. Ini akan dapat berlangsung andaianya setiap kakitangan akademik dapat menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web.
Dalam majlis ini Tuan Pengarah telah mengaktifkan email domain ipislam.edu.my beliau dan juga mengemaskini maklumat keahlian dalam Laman Web IPIS. Secara simbolik belau telah mengepos satu pengumuman tentang Majlis Konvokesyen ke 28 yang akan berlangsung pada 23 Mei 2008. Belau juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena minggu ICT 2008.