PERMOHONAN MEMANGKU GRED DG44/DG48/DG52/DG54

Dipos oleh administrator pada 19 March 2012

Permohonan Pemangkuan Gred DG44/DG48/DG52 dan DG54 untuk mengisi kekosongan di Institut-lnstitut Pendidikan Guru adalah dibuka kepada semua Pensyarah Akadamik (Hakiki)  dan Pegawai Pengurusan (Hakiki) yang telah disahkan  dalam jawatan Gred sekarang untuk kenaikan pangkat.

Setiap pemohon dikehendaki menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut bersama dengan borang permohonan:-
i)Salinan Kad Pengenalan;
ii)Salinan Kelulusan Akademik/Ikhtisas/Kemahiran;
iii)Salinan Slip PTK (TK1/TK2/TK3/TK4);(jika ada)
iv)Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta mengikut peraturan yang sedang berkuat- kuasa;
v)Salinan Lampiran Pengesahan Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan; dan
vi)Borang Taksiran Keutuhan BPR (Lampiran T1)

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan betul beserta dokumen tersebut di atas hendaklah dikemukakan lebih awal kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk disokong dan disampaikan ke IPGM pada atau sebelum 29 Mac 2012.

PENGESAHAN DAN PENGAKUAN PEMOHON
i)Saya sesungguhnya mengetahui bahawa urusan pemangkuan ini akan melibatkan pertukaran. Oleh itu saya sanggup bertukar ke mana-mana tempat seperti yang diarahkan jika sekiranya saya berjaya dipilih untuk memangku.

ii)Saya mengakui bahawa segala maklumat dalam borang ini adalah betul dan lengkap. Saya memahami bahawa Kementerian Pelajaran boleh menolak permohonan ini jika terdapat sebarang maklumat yang tidak betul atau tidak lengkap dan saya akan bertanggungjawab terhadap implikasinya.

Borang permohonan boleh di muat turun di sini