Majlis Penutupan Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah 1433H/2012

Dipos oleh administrator pada 17 February 2012

Majlis Penutupan Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah 1433H/2012 pada hari ini dimulai dengan perarakan dan pertandingan perarakan serta sepanduk, bermula dari Astaka IPGKPI hingga ke Dewan Besar Nik Mohd Mohyiddin Musa. Semua kuliah mengambil bahagian. Selesai berarak peserta dijamu dengan bukusan nasi lemak dan minuman air mineral.Tepat jam 9.00 pagi perhimpunan majlis penutupan dimulai dengan alunan Asma Alhusna,nyanyian Lagu negaraku, lagu negeri selangor, lagu institut dan bacaan ayat suci Al-Quran.
Bacaan Marhaban menjadi kunci kata pujian kepada Nabi Junjungan sementara ucapan perasmian penutup memberi kata kunci utama bagaimana menhayati sunahrasullulah dan cabaran ummah supaya menjadi cemerlang dan terbilang seperti nabi junjungan.
Hadiah-hadiah pertandingan juga disampaikan dan diikuti dengan jamuan nasi minyak yang sedap dan menyelerakan.
Selamat menjadi ummah terpilih