Dipos oleh administrator pada 13 February 2012
Perhimpunan Bulanan, Watikah Perlantikan JPP 2012/2013 dan Minggu Lantunan Mahabbah 2012/1433 H telah dilangsungkan di Dewan Besar Nik Mohd Mohyiddin Musa mulai jam 7.45 padi dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Osman Bin Hussain, Pengarah IPG KPI.
Majlis Presiden JPP 2012/2013 diketuai oleh Mohd Khomeini Bin Che Omar sebagai Yang Dipertua, Muhammad Asraaf Azhar bin Nor Adzman sebagai Naib Yang Dipertua I dan Nurul Eefah Binti Awang sebagai Naib Yang Dipertua II.
Yang Dipertua JPP telah menandatangani watikah pertantikan dengan disaksikan oleh Ustaz Dr Ismail Abas KJ JAPIM dan Ustaz Raani bin Ahad KJ JPQS.
Penyampaian watikah kepada semua anggota JPP telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah dan ikrar angkat sumpah anggota telah diketuai oleh Yang Dipertua JPP Sesi 2012/2013.
Yang Dipertua juaga telah menyampaikan ucap-utama dengan harapan tinggi untuk menjadi penghubung antara siswa dan pengurusan IPG KPI dengan lebih berkesan.
Ucapan Tuan Pengarah menekankan kepada pemahaman dan pesepsi yang betul antara siswa IPG dan IPTA lain supaya setiap siswa dapat melaksanakan tanggung-jawab sepanjang mengikuti kursus pra-perkhidmatan di IPG berbanding dengan pelajar IPTA sebagai mahasiswa wyang mendapat biasiswa ataupun pinjaman pelajaran.
Selamat meraikan Minggu Lantunan Mahabbah Nabi Muhammad SAW.