Selamat Datang Pelajar PPG Ambilan Februari 2012
Tahniah juga kepada semua petugas yang melaksanakan tugas walaupun pada hari cuti hujung minggu Sabtu 11 Februari 2012. Tahniah kepada semua suswa yang sanggup menyahut cabaran meningkatkan profesionalisme masing-masing dengan pembelajaran bagi memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan.
Dipos oleh administrator pada 13 February 2012
Seluruh warga IPG KPI mengucapkan Selamat Datang kepada semua guru yang terpilih mengikuti Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 yang berjaya menghadirkan diri mendaftar di kampus ini. Proses pendaftaran dan taklimat kursus telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPI.Tahniah juga kepada semua petugas yang melaksanakan tugas walaupun pada hari cuti hujung minggu Sabtu 11 Februari 2012. Tahniah kepada semua suswa yang sanggup menyahut cabaran meningkatkan profesionalisme masing-masing dengan pembelajaran bagi memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan.