Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kampus 2012

Dipos oleh administrator pada 17 January 2012

Majlis Pembubaran JPP 2011/2012 serta pengisytiharan Suruhanjaya Pilihanraya Kampus Pendidikan Islam 2012 telah selamat berlangsung pada 16 Januari 2012. Dengan pembubaran ini, maka bermulalah demam pilihanraya kampus bagi memilih perwakilan  JPP bagi sesi 2012/2013.

Proses penamaan calon telah dijalankan di Dewan Besar Nik Mohyideen Musa bermula tepat jam 10.30 pagi sehingga jam 4.00 petang. Majlis yang selamat diadakan dengan lancar ini telah menyaksikan seramai 89 orang calon mendaftar untuk bertanding dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan nanti.