Sijil Online KISSM Kumpulan 1 Bil. 1/2011

Dipos oleh administrator pada 05 August 2011

        Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Penilaian Induk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 Bil. 1/2011 pada 24 Mac 2011 telah memutuskan bahawa sijil KISSM secara atas talian (online) digunakan bagi menggantikan slip keputusan KISSM secara atas talian dan sijil KISSM secara manual yang dihantar kepada Ketua Jabatan / pegawai bagi urusan pengesahan dalam perkhidmatan.

        Sijil KISSM secara atas talian ini boleh diperolehi dan dicetak oleh Jabatan/Bahagian/pegawai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my/kissm

        Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Urus Setia KISSM Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iaitu Encik Azman bin Ab. Kadir di talian 03-8884 1369 atau menghubungi beliau melalui azman.abkadir@moe.gov.my.