Majlis Persaraan Timbalan Pengarah

Dipos oleh administrator pada 19 August 2010

Tarikh 17 Ogos 2010 telah menyaksikan Puan Hajah Marinal Hussin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam mengetik kad perakam waktunya untuk kali terakhir sebelum bersara mulai keesokan harinya.

Majlis bersejarah pada bulan penuh barakah ini turut diraikan oleh Tuan Pengarah. Tuan Haji Amin Mohd Rashid, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, pensyarah-pensyarah, kakitangan pengurusan dan para pelajar kampus. Puan Hajah Marinal telah diiringi oleh paluan kompang yang dimainkan oleh pelajar-pelajar. Terpancar rasa hiba pada wajah beliau tatkala melambai tangan ke arah warga kampus yang mengiringi.

Selamat bersara dan setinggi-tinggi terima kasih atas khidmat dan sumbang bakti yang dicurahkan. Semoga Puan Hajah Marinal Hussin sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.