Lawatan Delegasi Indonesia

Dipos oleh administrator pada 08 July 2010

 Delegasi Pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia telah melawat IPG Kampus Pendidikan Islam pada 7 Julai 2010 jam 3.30 petang. Ketibaan delegasi telah disambut olah Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan para pensyarah IPGKPI dengan iringan paluan kompang dan angklong. Majlis sambutan telah dilangsungkan di Bilik Persidangan Aras 3 IPG KPI dengan aturcara ucapan Tuan Pengarah IPG KPI, ucapan ketua delegasi, tanyangan video, taklimat progran latihan guru IPG KPI, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Semoga perkongsian pintar ini akan membawa manfaat kepada kedua negara Malaysia dan Indonesia.