Dipos oleh administrator pada 08 July 2010
Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Guru 2010 telah disempurnakan oleh Tuan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam bertempat di Dataran Gerko pada jam 10.30 pagi, i Rabu 7 Julai 2010 bersamaan 24 Rejab 1431 Hijrah.
Majlis dimulai dengan alunan Asma ul-husna, nyanyian Negaraku dan Negeri Selangor dan lagu IPG KPI. Acara majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, ucapan NYDP JPP Sesi 2010/2011, ucapan perasmian pentup pengarah IPGKPI, persembahan pelajar, dam penyampaian hadiah dan cederati. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2010 dan Lagu Guru Malaysia.
Lagu Tema Hari Guru 2010
*Guru Pembina Negara Bangsa*
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sampai ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menanggapi matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia