Selamat Bercuti dan Selamat Berinteraksi

Dipos oleh administrator pada 08 June 2010

Selamat bercuti selama tiga minggu kepada semua pelajar mode perdana dan selamat berinteraksi kepada semua pelajar mode KDC. Walau di pihak manapun anda berada diharapkan semuanya akan memanfaatkan tempoh ini seoptimum mungkin untuk peningkatan kualiti dan jati diri anda semua.

Kepada pelajar yang sedang menantikan keputusan peperiksaan masing-masing diharap memperbanyakkan doa, semoga anda memperolehi keputusan yang cemerlang. Kepada yang akan menduduki peperiksaan akhir semoga sukses dalam menghadapi peperiksaan masing-masing.

Kepada para pensyarah yang sentiasa bersiap siaga untuk menyampaikan ilmu, terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

Lawat Galeri Untuk Melihat Semua Gambar Perhimpunan  Pagi KDC 7 Jun 2010