Latihan Guru Bestari
Satu jadual yang padat telah disusun untuk membolehkan para peserta memperolehi ilmu dan kemahiran dalam 3 bidang utama yang akan membolehkan mereka menghayati dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bestari disamping berupaya melaksanakan program pembestarian sekolah apabila mereka kembali ke sekolah masing-masing.
Interaksi selama 4 minggu di institut perguruan akan diikuti dengan pelaksanaan amalan pembestarian selama 2 minggu di sekolah masing-masing. Dengan ini diharapkan mereka dapat mencuba pakej pembelajaran yang dibina semasa interaksi dalam bilik kuliah.
Setiap peserta kursus dibekalkan dengan bahan resos pembelajaran disamping penginapan dan makan minum sepanjang kursus. Penyelaras kursus Puan Rosnah Ahmad Zain telah berusaha dengan dedikasi bagi menjayakan kursus ini dapat berjalan dengan sempurna. Demikan juga sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran institut terutama Pengarah dan Timbalan Pengarah telah melancarkan perjalanan kursus ini. Sokongan yang bersungguh-sungguh oleh KU LDP, fasilitator dari Jabatan Teknologi Pendidikan dan ahli jawatankuasa bestari maktab telah melicinkan perjalanan kursus ini.
Syabas
Dipos oleh administrator pada 21 April 2008
Seramai 20 orang guru telah mendaftarkan diri untuk mengikut Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari - Pembestarian Sekolah. Seramai 17 orang fasilitator telah dikenalpasti untuk membimbing guru yang datang dari pelbagai option dari kalangan guru sekolah negeri Selangor.Satu jadual yang padat telah disusun untuk membolehkan para peserta memperolehi ilmu dan kemahiran dalam 3 bidang utama yang akan membolehkan mereka menghayati dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bestari disamping berupaya melaksanakan program pembestarian sekolah apabila mereka kembali ke sekolah masing-masing.