Dipos oleh administrator pada 18 May 2010
Merujuk kepada surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Mei 2010 yang bertajuk Pengemaskinian Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS, sukacita diminta agar semua pensyarah, pegawai pengurusan dan staf sokongan IPG Kampus Pendidikan Islam agar dapat mengemas kini maklumat peribadi dan profil perjawatan/perkhidmatan ke dalam sistem HRMIS ini.
Proses pengemaskinian boleh dilakukan di Makmal Komputer 4 mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui giliran bagi setiap jabatan dan unit :
- 18-19 Mei 2010 (Selasa-Rabu) : JPM, JAPIM, JPBI
- 20-21 Mei 2010 (Khamis-Jumaat) : JPIPK, Unit Kokurikulum
- 24-25 Mei 2010 (Isnin-Selasa) : JHEP, JBA, JQS
- 26-27 Mei 2010 (Rabu-Khamis) : JSS, Unit LDP, Unit Praktikum, Pusat Sumber
- 31 Mei-1 Jun 2010 (Isnin-Selasa) : JPJK, JTP, Unit Peperiksaan Dan Penilaian
- 2-3 Jun 2010 (Rabu-Khamis) : JIP, JMT
- 4 Jun 2010 (Jumaat) : Pegawai Pengurusan dan Staf Sokongan
Sila bawa bersama maklumat-maklumat peribadi / ahli keluarga (no KP suami/isteri/anak-anak, no surat beranak anak-anak, tarikh-tarikh penting seperti anugerah APC, tarikh konvokesyen dan lain-lain).
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.