Dipos oleh administrator pada 11 May 2010
Majlis perhimpunan bulan Mei telah dilangsungkan dengan jayanya di dataran Gerko kampus anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Perhimpunan kali ini telah dimeriahkan dengan Majlis Pentauliahan PKS IPG KPI oleh Tuan Haji Amin Bin Mohd Rashid, Pengarah IPG KPI. Dr Zaida Nor Binti Zainuddin selaku Ketua Unit Pengembangan dan Khidmat Kauseling telah membacakan profil sejarah pembentukan pasukan Pembimbing Rakan Siswa yang baru dibentuk dan dianggotai oleh kalangan siswa yang berpengalaman sebagai PKS di peringkat sekolah dan Kolej Matrikulasi sebelum ini. Keanggotaan baharu akan dibuka sedikit masa lagi bagi meningkatkan keberkesanan PKS secara menyeluruh.
Selain pentauliahan PKS, perhimpunan kali ini juga dipenuhi dengan penyampaian hadiah Minggu Aktif Sukan dan Kejohanan Bowling. Dari segi akademik Tn Haji Isa Ramlan, pensyarah muzik kampus ini telah menerima sijil dan hadiah Anugerah Pingat Emas inovasi Pengajaran menggunakan kompang dalam seminar peringkat serantau yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Sekalung tahniah untuk IPG KPI, kampus tercinta ini.