Karnival Keusahawanan Islam 2010

Dipos oleh administrator pada 27 April 2010

Exco Ekonomi dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  IPG Kampus Pendidikan akan menganjurkan karnival keusahawanan yang julung kalinya diadakan di IPG KPI.Bermula 28 April 2010 ini dan berakhir pada 1 Mei 2010,pelbagai acara menarik disediakan untuk para pengunjung.Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah jualan makanan ,jualan pakaian serta aksesori diri , sudut DJ , pameran ,Malam Sayembara Islam (rabu malam -9 mlm), Forum Perdana (29 April 8 mlm) , Kuliah Dhuha dan Ceranah Kesihatan Wanita (1 Mei 2010 11 pagi) . Karnival ini akan diadakan di tapak letak kereta berhampiran pintu gerbang utama kampus.Dijemput semua warga IPG KPI dan orang awam untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan festival.

Wartawan web