Selamat bercuti dan selamat berinteraksi

Dipos oleh administrator pada 15 March 2010

Selamat bercuti kepada semua pelajar aliran perdana dan selamat berkuliah kepada pelajar KDC PGSR Pkt 1 dan 3, JQAF ambilan Jun 2009, SABK pkt 5, 4 dan 2 dan JAWI pkt 2.

Bagi yang dapat bercuti, manfaatkan lah masa cutiini dengan aktiviti yang berfaedah dan bermakna. Bersederhana dan berpada-pada dalam semua hal dan jaga nama baik institut sepanjang masa.

Kepada pelajar PGSR Pkt 1, JAWI Pkt 2 dan SABK Pkt 2 selamat menduduki peperiksaan masing-masing dengan jayanya. Semuga semua pelajar berkenaan akan memperolehi kejayaan yang membanggakan.

Kepada para pensyarah yang terlibat mengendalikan kuliah, semuga dapat memberikan input yang terus berkualiti. Pengorbanan anda akan sentiasa menjadi ingatan yang berkekalan disamping rahmat dan pahala dari Allah jua.

Selamat maju jaya.