Latihan Guru Bestari Kohot 1 2008
Dipos oleh administrator pada 17 April 2008
Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari Kohot pertama 2008 akan diadakan mulai 21 April 2008 di IPGM. IPI telah terpilih sebagai salah satu institut yang diberi tanggungjawab tersebut, akan melatih guru bestari dari Negeri Selangor. Satu kurikulum baru yang telah dikemas-kini akan digunakan bagi tujuan latihan dan kursus ini. Struktur kurikulum terdiri dari 3 komponen utama iaitu Komponen A: Konsep Pembestarian Sekolah dan Penghayatan Pengajaran dan Pembelajaran Bestari (30 jam), Kompoven B: Pengintegrasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (30 jam) dan Komponen C: Penyediaan Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Bestari berserta pembentangan dan simulasi (60 jam)