Pelancaran Minggu Matematik

Dipos oleh administrator pada 03 February 2010

1 februauri 2010 –Hari ini telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Minggu Matematik 2010.Majlis telah berlangsung di Dataran GERKO IPG KPI.Semua gurul pelatih ,pensyarah dan pengarah IPG KPI hadir dalam majlis tersebut.Minggu ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Amin bin Mohd Rashid .Gimik pelancaran telah disempurnakan sebagai simbolik perasmian .Minggu Matematik ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Matematil IPG KPI.Ia dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah matematik serta mendapat kerjasama guru-guru pelatih pengkhususan matematik di IPG KPI.Minggu Matematik ini akan berlangsung selama satu minggu bermula 1 Februari dan  berakhir pada 5 Februari.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang minggu ini.Semoga dengan Minggu Matematik ini semua guru pelatih akan menjadi guru yang celik dalam bidang matematik seterusnya menimba ilmu pengetahuan.Penglibatan seluruh warga kampus amat dialu-alukan.