Dipos oleh administrator pada 02 February 2010
1 Februari 2010- IPG KPI dengan bangganya telah melangsungkan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPP Sesi 2010/2011 di dataran GERKO yang bermula pada jam 8.00 pagi.Hal ini telah disaksikan oleh seluruh warga IPG KPI.Penyerahan watikah pelantikan telah disampaikan oleh Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Amin bin Mohd Rashid.Kepimpinan JPP pada sesi ini diketuai oleh saudara Hafizul Husni Bin Alias selaku Yang Dipertua dan dibantu oleh saudara Mohd Bukhari bin Hashim serta Nurul Izzatie binti Mohd Rashid selaku Naib Yang Dipertua 1 dan Naib yang Dipertua 2.Pensyarah penasihat umum untuk JPPsesi 2010/2011 ialah Ustaz Ismail bin Che Ku,pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral.Pada majlis tersebut juga barisan JPP yang baru telah melafazkan ikrar yang diketuai oleh oleh saudara Hafizul Husni Bin Alias.Semoga kepimpinan pada tahun ini membawa IPG KPI maju selangkah kehadapan agar IPG KPI sentiasa cemerlang ,gemilang dan terbilang.
Wartawan web