Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI(SR) Januari 2010

Dipos oleh administrator pada 19 January 2010

18 Januari 2010-Pada hari ini, warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPGM KPI) telah menerima seramai 40 orang pelajar baru yang mendaftar bagi mengikuti  kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) ambilan januari 2010. Pendaftaran  bermula seawal jam 8.00 pagi dan bertempat di Dataran Gerko. Pendaftaran ini diuruskan oleh naqib dan naqibah serta urusetia yang telah dilantik. Setiap pelajar baru telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menguruskan sesi pendaftaran. Sedikit jamuan ringan disediakan untuk ibu bapa pelajar. Pelajar-pelajar yang telah mendaftar akan mengikuti minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) yang dikendalikan oleh unit Hal Ehwal Pelajar(HEP) dengan kerjasama mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) serta Majlis Ketua-ketua Kuliah(MKK). Aktiviti-aktiviti serta taklimat yang akan diadakan melalui minggu tersebut akan memudahkan pelajar untuk menyesuaikan diri sepanjang mengikuti kursus di kampus ini. Semoga para pelajar dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya dan berusaha menjadi seorang guru yang berguna demi agama, bangsa dan negara.

oleh Wartawan web