Dipos oleh administrator pada 06 January 2010
3 Januari 2010 – suasana kolej kediaman kembali meriah apabila guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam telah berjaya mendaftarkan diri di kolej kediaman yang telah ditetapkan bagi memulakan sesi pembelajaran yang akan bermula pada 4 Januari 2010.Penghuni kolej kediaman pada semesta ini merupakan guru-guru pelatih PPISMP Sem 2,PISMP Sem 1 , PISMP Sem 3 , PISMP Sem 5 dan PISMP Sem 7 . Proses penempatan guru-guru pelatih ke kolej kediaman berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.Proses pendaftaran yang telah bermula pada awal pagi melicinkan urusan penempatan.Keindahan dan keceriaan bilik-bilik khas seperti bilik rekreasi,bilik rehat telah dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.Panorama hijau dan landskap yang telah dibina membolehkan guru-guru pelatih menikmati suasana kondusif selama mendiami kolej kediaman yang disediakan.Diharap guru-guru pelatih pada tahun ini mematuhi dan melaksanakan peraturan yang sedia ada dalam menjamin kesejahteraan bersama.