Minggu Pusat Sumber 2008
Selamat membudayakan dan membatinkan minat membaca serta mencintai ilmu dikalangan warga IPI.
Dipos oleh administrator pada 17 April 2008
Minggu Pusat Sumber akan di adakan dari 21- 30 April 2008. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk seluruh warga IPI bagi memupuk minat membaca dan pencarian ilmu khususnya berkaitan dengan capaian dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber Al Ghazali Institut Perguruan Islam, Selangor. Satu ceramah bertajuk "Penyengaraan dan Pemulihan Bahan" akan disampaikan oleh Pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia diikuti dengan aktiviti hand-on. Seramai dua orang pensyarah mewakili setiap jabatan akan berpeluang mengikuti ceramah dan bengkel tersebut yang akan diadakan diPusat Sumber pada 22 April jam 9.00- 12.30 tengah hari.Selamat membudayakan dan membatinkan minat membaca serta mencintai ilmu dikalangan warga IPI.