Jadual iNTERAKSI Kursus Mode KDC Nov / Dis 2009

Dipos oleh administrator pada 10 November 2009

Seperti yang dimaklumkan dalam perhimpunan interaksi yang lepas jadual interaksi KDC akan di muat naik dua minggu dari tarikh interaksi Nov/Dis 2009 bermula. Alhamdulilah matlamat itu telah dapat dicapai hasil kerja keras pasukan petugas yang terpilih. Sebagai penyelaras kursus saya ingin menyampaikan rasa penghargaan setinggi-tingginya kepada rakan-rakan petugas yang dapat menyusun jadual waktu bukan satu tetapi empat atau lima jadual bagi setiap unit. Semuga khidmat tuan-tuan akan mendapat balasan pahala dan kebaikan dari Allah swt.

Kepada guru-guru PGSR kemungkinan besar jadual yang di muat naik akan mengalami pindaan kerana senarai mata pelajaran peringkat 3, belum dimuktamatkan oleh pihak BPG dalam mesyuaratnya pagi ini. Sebarang kesulitan amat dikesalkan.

Pada amnya jadual interaksi kali ini paling padat kerana jumlah hari interaksi yang berkurangan akibat dari Cuti Am Hari Raya Haji dan Hari Keputeraab DYMM Sultan Selangor. Ini ditambah lagi dengan slot Taklimat Praktikum dan slot Peperiksaan Akhir Peringkat Pengajian.Disamping itu beberapa jam kredit telah dibawa ke sesi interaksi kali ini dari sesi lepas yang jatuh dalam bulan puasa yang meniadakan interaksi waktu malam.

Kepada kumpulan yang akan menduduki peperiksaan, adalah diharapkan membuat persediaan masing-masing sebelum sesi interaksi bermula.

Sila rujuk jadual waktu di sini untuk muat turun dan mengetahui mata pelajaran  dan tarikh peperiksaa masing-masing.

Semua pelajar dikehendaki memuat turun dan mencetak surat panggilan interaksi untuk tujuan urusan rasmi dengan pihak pentadbiran sekolah masing-masing. Pihak institut tidak akan mengirim salinan bercetak sebagai sebahagian dari langkah berjimat cermat.

Sekian terima kasih

Penyelaras KDC