Majlis Ujian Tilawah, Tafsir, Hafazan Al-Quran dan Pertandingan Nasyid IPG

Dipos oleh administrator pada 05 October 2009

Majlis Ujian Tilawah, Tafsir, Hafazan Al-Quran dan Pertandingan Nasyid IPG Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 / 1430 Hijrah dilangsungkan dari 5-8 Oktober 2009 bersamaan 16-19 Syawal 1430 bertempat di Dewan Besar Nik Mohyideen Musa, Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Islam, Bangi, selangor.

Tema tahun ini ialah "1Malaysia: Bersama Menjana Ummah Gemilang". Kesemua 27 IPG mengambil bahagian dalam memeriahkan majlis yang dilangsungkan saban tahun ini. Pertandingan Nasyid merupakan acara baru yang dimasukkan dalam majlis kali ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah akan di langsungkan pada hari Khamis 9 Oktober 2009.