Selamat Menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baru
Dipos oleh administrator pada 14 July 2009
Selamat datang kepada semua pelajar baru PPISMP Ambilan Julai 2009 ke IPGM KPI. Selemas sempurna menjalani pendaftaran kelas dengan Naqib dan Naqibah masing-masing kelmarin, kini sampailah masa untuk menjalani Minggu Pengurusan Pelajar Baharu selama seminggu bagi membolehkan anda dibudayakan dengan budaya IPGKPI yang bitara. Laluilah MPP dengan tabah dan semangat jatidiri semuga anda akan menjadi insan yang hebat bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek sahsiah. Pendedahan dan tunjuk ajar yang diberi oleh para pensyarah, naqib/naqibah dan para senior diharap dapat dibatinkan dan diamalkan sepanjang anda berada di kampus ini. Selamat belajar untuk mencapai kecemerlangan diri dan institut.