Doa isteri kunci kejayaan suami
Bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas.
Sebelum suami ke tempat kerja,
isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.Insya-Allah, dengan
keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat
kejayaan.Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi
kebahagiaan kepada rumah tangga.
Fenomena dalam masyarakat hari
ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan
luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.Ada pasangan yang
hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan
kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan
minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.Kadangkala suami pulang
kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga.
Mana-mana
suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan
rumah yang kemas.Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus,
anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan
suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.Justeru, sebagai isteri,
mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada
kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga.
Dalam
usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan
bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri ada peranan
tersendiri.Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah
tangga bahagia, peranan wanita memang penting.
Jangan
meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan
suami.Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik
dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.
Walaupun
mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan
suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai
dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan
generasi masa depan yang cemerlang.
Wanita harus menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.
Kehebatan
sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja
seorang wanita tetapi ibu dan isteri.Jika anak-anak yang lahir itu
mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa
hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.Ini sekali
gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008