Mulakan hari dengan oat organik




PIZA panas, segar dan lazat melengkapkan perayaan bagi 32 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Agathians Shelter baru-baru ini. Jamuan piza ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Domino's Pizza's .

Ketua Pegawai Operasi Dommal Food Services Sdn. Bhd., Ba U Shan-Ting berkata, Domino's telah menghantar piza kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada musim perayaan sejak tahun 2002 lagi.

"Lawatan Domino's Pizza's ke Agathians Shelter adalah yang terakhir dalam siri lawatan ke-38 rumah dan pertubuhan kebajikan sempena perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Secara keseluruhan, seramai 3,000 kanak-kanak kurang bernasib baik yang berusia antara tiga hingga 18 tahun telah berpeluang menikmati kelazatan piza Domino's yang dihantar dalam keadaan panas dan segar ke rumah kebajikan masing-masing.

KEHIDUPAN masyarakat zaman sekarang yang sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak sempat mengambil sarapan.

Ini adalah tabiat yang tidak sihat kerana sarapan adalah sajian paling penting dalam sehari. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan yang sihat membolehkan individu memberikan prestasi yang lebih baik sepanjang hari.

Untuk itu, GBA Corporation Sdn. Bhd. memperkenalkan Anzen, jenama emping oat organik yang sihat dan berkhasiat.

Paling penting, oat yang kaya dengan tiamina dan zat besi yang diperlukan untuk kesihatan sistem saraf. Ia juga membantu menurunkan tahap kolestrol dalam saluran darah, melindungi sistem peredaran darah, mengawal tahap gula darah dan menguatkan sistem imun.

Emping Oat Organik Anzen unik ini tidak mengandungi organisma yang digubah secara genetik, pengawet kimia atau pewarna.

Ia disahkan oleh Pro-Cert, salah sebuah badan organik berpangkalan di Kanada. Ia juga diperkuatkan dengan vitamin A dan C dan zat galian seperti kalsium dan zat besi.

Produk ini boleh dinikmati oleh semua kerana sesuai untuk mereka yang hanya makan sayuran dan masyarakat Islam kerana ia disahkan halal oleh Lembaga Pensijilan Halal Asia Tenggara.

Pengguna boleh memilih antara emping oat organik segera Anzen yang hanya perlu ditambah air panas atau emping oat biasa Anzen yang perlu direbus dengan air atau dimasak dalam ketuhar gelombang mikro atau digunakan dalam masakan, kuih, biskut dan sebagainya.

Emping oat organik Anzen boleh didapati pada hara RM7.90 untuk pek 500g.

Di pos oleh Arbain Muhayat pada 13 March 2009