Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup
sesiapa yang tidak pernah memanfaatkan masa yang terluang tanpa
mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.
Kita sebagai manusia
perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap
yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga
akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan.
Semakin hari, usia
kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu
mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah
seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?
Sebenarnya,
banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada
yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam
memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah
penamatnya.
Memang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, setiap
usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih gigih kita berusaha, lagi besarlah
ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah tidak mudah berputus
asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar kejayaan yang
diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.
Perlu
diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada.Jadilah manusia yang
bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu
kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.
Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini.
Seperti
serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia
adalah satu perjalanan. Anda perlu gambarkan arah ke mana tujuan
perjalanan itu.”
Dalam bunyinya tu. Sama-samalah kita memahami maksud kata-kata itu.
Jangan persiakan masa terluang
“DEMI masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula dalam saling memberikan pengajaran tentang kebenaran dan kesabaran serta ketekunan.”Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008