Perkecil solat, iman binasa
Gerabak kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke destinasi.
Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau
rel hidup yang kukuh iaitu al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting
yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan
peraturan hidup yang dinamakan syariat.Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya
kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku."Untuk
berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu
dan menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan
Allah, kenal apa itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi
seorang Muslim dalam kehidupan.
Dalam surah Thoha ayat 123 Allah
berfirman, maksudnya: "Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah),
sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan
celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta."
Untuk berjaya dan cemerlang, umat
Islam perlu beribadat, malah dalam perancangan hidup, ibadat yang perlu
diberikan keutamaan.Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan
jasad manusia. Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu
cemerlang dalam hidupnya. Antara ibadat penting dalam kehidupan
seharian umat Islam ialah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak
boleh diabaikan sama sekali.Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam
Islam. Sehingga di dalam peperangan pun tidak boleh tinggal solat.
Selagi hayat dikandung badan selagi itu mesti solat.
Mengerjakan
solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika
tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring. Jika tidak mampu lagi,
terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring. Sekiranya masih tiada
daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan
dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang
mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat
jenazahlah.
Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa
memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah
sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa,
ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan
kereta, "free sex" dan seribu satu macam masalah sosial. Semua itu
berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau
batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid
semuanya itu memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat
tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai.
Firman
Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah selepas
mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak
mereka akan menjadi sesat."
Abdullah bin Abbas menyatakan maksud
mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan
daripada waktunya.Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat
dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”Imam Abu Aaliayah
berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada
ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah
dosa.
Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah.
Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan
mencegah perbuatan jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula
mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).Sesetengah
ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih
sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya
dapat mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid
kerana hendak mati di tempat solat.Justeru itu, janganlah kita
mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali
solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 June 2008